fbpx

Muzik: Konsert Sum 41 Live In Malaysia Oktober Ini, Stadium Bukit Jalil

Peminat Justin Bieber? Anda boleh belok kiri & pergi.

Kalau anda tidak pernah dengar nama Sum 41, anda terlalu muda untuk konsert ini & jika anda membesar dengan lagu band ini, sedarlah anda sudah tua.

Sum 41 popular sekitar akhir 90’an & berasal Ontario, Kanada ini mempunyai single baru yang di’beri judul ‘Screaming Bloody Murder‘ sekitar awal 2011.

Kini, Sum 41 berada dalam siri jelajah dunia & telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu destinasi persinggahan mereka di Malaysia.

10 tahun lalu, mereka pernah di’katakan akan mengadakan konsert besar-besaran di Malaysia namun peminat di’tinggalkan hampa belaka. Maklumlah, sedang panas.

Laman web rasmi mereka sudah mengesahkan lokasi konsert sebagai National Sports Complex dan ia’nya kemungkinan besar merujuk kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.

RedTix bertanggungjawab sebagai penjual tiket konsert sehingga artikel ini di’tulis masih belum mempunyai sebarang maklumat rasmi. Slowpoke, indeed.

Jadi, kami jumpa anda di’sana? Yeah, until then, rock on!