fbpx

“Siapa Yang Tak Datang Zouk Saja Yang Kecoh”

Dalam kenyataan terbaru yang diberikan menerusi program MeleTOP malam tadi, Neelofa masih mempertahankan tindakan beliau menganjurkan majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya di pusat hiburan terkemuka, Zouk.

Neelofa yang dihubungi MeleTOP menerusi panggilan telefon berkata yang bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

BACA: Para Mufti Nasihat Neelofa Bertaubat, Cari Rezeki Berkat

“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung”

“Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya kepada hos Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad.

Hmm, entahlah. (rtky/m)