fbpx

Mufti Nasihat Neelofa Bertaubat, Cari Rezeki Berkat

Harian Metro mendapatkan komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa yang melancarkan koleksi tudung terbaru di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur.

Mufti Perak itu mengatakan yang umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.

BACA: Kurang 24 Jam, Koleksi Tudung #BeLofa Habis Dijual

“Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.

“Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram. Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan,” tambahnya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula menulis surat terbuka buat Neelofa dengan meninggalkan pesan untuk bertanya ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung & mencari rezeki yang diberkati Allah SWT.

Moga Neelofa dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan angkuh tidak mahu mendengar kritikan ramai selepas ini. (rtky/m)