fbpx

“Saya Tak Pernah Pandang Shuib Kerana Harta”

Isteri mana tidak bersyukur dikurniakan ketua keluarga yang penuh tanggungjawab. Malah bagi penyanyi Siti Sarah sendiri, dia merasa cukup bertuah kerana suaminya itu sentiasa mendahulukan keluarga berbanding dirinya dahulu.

BACA: Hargai Isteri, Shuib Sepahtu Hadiahkan Isteri Rumah Baru

“Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

“Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya. Saya sebenarnya seorang wanita yang bertuah kerana mendapat seorang suami yang sentiasa bekerja keras demi keluarga”

“Insya-Allah kami akan berpindah pada Sabtu ini ke rumah baru dan dapatlah berhari raya di sana nanti,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Siti Sarah, sudah menjadi kebiasaan buat Shuib untuk memberikannya hadiah selepas melahirkan anak, namun kejutan yang diterimanya kali ini ternyata di luar dugaan. (rtky/s)