fbpx

Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Sampai Menangis, Watie Tak Rasa Cemburu

Baru-baru ini usahawan Watie Hanifiah mendedahkan suaminya, pelawak Shuib pernah beberapa kali bermimpi tentang arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi sesi live di TikTok, Watie berkata Shuib bermimpikan arwah isterinya itu sehingga mengalirkan air mata mungkin kerana terlalu rindukan arwah.

BACA: Tak Dengar Cakap Shuib, Watie Kena Scam RM100,000

@syaz_aa

rinduyangmenyakitkan shuibsepahtu shuibsarah shuibwatie tiktokmalaysia sitisarahraisuddin watiehanifiah

? Tinggalkan Diriku – Sarah

“Watie tengah tidur, tiba-tiba nampak dia bangun. Dia cakap ‘I mimpi Sarah’. Lepas tu kita macam.. ‘Oh mimpi.. mimpi’. Kita mengantuk, aku boleh sambung tidur. Rupanya bila buka balik mata, bukan dia sambung tidur, dia sambung nangis,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai mimpi dialami oleh Shuib, Watie berkata suaminya mengalami kecederaan namun Sarah tidak datang apabila namanya dipanggil dan disebabkan itu suaminya rasa sedih.

“Masa I mimpi tu, tangan I luka’ dia panggil ‘Ibu.. ibu’ tapi Sarah tak datang dia cakap. So, dia sedih la sebab Sarah tak datang,” katanya.

@syaz_aa

pagi tadi #shuib ada #mimpi arwah #sitisarah #rinduyangmenyakitkan #shuibsepahtu #shuibsarah #shuibwatie #watiehanifiah #tiktokmalaysia #fyp??viral #alfatihah buat arwah…

? Tinggalkan Diriku – Sarah

Sementara itu, Watie berkongsikan setiap hari suaminya itu akan bercakap mengenai arwah Siti Sarah namun dia tidak langsung rasa cemburu.