fbpx

Tak Dengar Cakap Shuib, Watie Kena Scam RM100,000

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsikan disebabkan tidak mendengar nasihat suami dia menjadi mangsa scammer RM100,000.

Menerusi perkongsian di Instagram,  Watie mengakui dia mudah terpengaruh dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda sehingga menyertai satu pelaburan yang rupanya palsu.

BACA:

“Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi. Hari mummy (panggilan diri) nak terbang ke China, hari itu juga Instagram mummy kena gantung.

“Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada dua, tiga kontrak yang mummy baru tandatangani.

“Hari yang sama juga dapat berita dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan nak kena terbang malam itu,” tulisnya.

Sementara itu, Watie berkata dia terus meminta maaf kepada suaminya kerana tidak mendengar nasihat Shuib.

“Sebelum mummy terbang terus minta ampun dan maaf dekat daddy. Ayat masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’

“Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja benda yang mummy tak dengar cakap daddy, yang lain semua mummy dengar kata.

“Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Sudahnya hari-hari kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’,” katanya.

Dalam pada itu, Watie menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran buat dirinya dan lebih mendengar cakap suami selepas ini.

“Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak maksudnya tidak, jangan pujuk sampai dia terpaksa cakap iya,” tulisnya.