fbpx

Shila Amzah Menarik Diri Dari Persaingan ABPBH 2014

ni ada satu berita kurang baik buat para peminat Shila Amzah yang kini bersedia untuk mengundi penyanyi itu dalam persaingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding.

Menerusi satu temubual bersama Hot FM hari ini Shila Amzah telah membuat kenyataan untuk tidak menyertai persaingan ABPBH kali ini dan menurut kenyataan pendek itu, ada kemungkinan untuk beliau akan kembali bersaing untuk edisi yang akan datang.

BACA: Shila Amzah Diangkat Sebagai Ikon Wanita Puteri UMNO

“Saya telah membuat keputusan untuk tidak menyertai ABPBH pada kali ini tapi dalam masa yang sama ingin berterima kasih kerana senaraikan nama saya (dalam pencalonan),” ujarnya.

A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on

UPDATE-1: Dalam status terbaru beliau di Instagram, Shila Amzah ada menulis yang antara sebab kenapa beliau menarik diri dari persaingan kali ini kerana sejarah konflik antara beliau dan beberapa media sebelum ini. Kami faham.

Dalam senarai awal yang telah dikeluarkan untuk ABPBH 2014, Shila Amzah telah tercalon untuk kategori Penyanyi Wanita Paling Popular. Buat para peminat, bolehlah menunggu edisi yang akan datang untuk mengundi, mungkin ada sebab sendiri untuk tidak turut serta kali ini. (rtky/m)