fbpx

Sharnaaz Ahmad Tidak Gemar Kena Kejutan, ‘Prank’

Minggu lepas Sharnaaz Ahmad telah terkena ‘prank’ oleh sebuah stesen radio swasta popular tanah air, Hot FM. Bagaimanapun dia menjelaskan tidak menyukai prank dikenakan terhadap dirinya tetapi bukanlah sebagaimana prank yang dilakukan oleh radio terbabit.

Apa yang dilakukan oleh stesen radio tersebut kepada dirinya masih boleh diterima dan dia sendiri seakan-akan mengetahui prank tersebut.

“Saya memang tidak ada masalah, cuma memang tidak sukakan prank sebab takut tak boleh kawal jadi lebih baik jangan. Saya tak marah, jujur saya katakan benda-benda sebegitu yang hendak di prank saya cepat tangkap dan saya tahu orang itu melawak,” katanya yang ditemui semasa tayangan filem lakonannya berjudul Darah Panas.

BACA: Sharnaaz Ahmad Terima Jika Digelar Selebriti Panas Baran

Sharnaaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dia lebih gemar untuk di’prank di radio berbanding secara live di televisyen kerana dikhuatiri benda yang tidak baik atau tidak diingini boleh berlaku sekiranya dikejutkan di tempat awam.

“Kalau prank di luar saya tak tahu dan tak boleh nak bajet. Tiba-tiba sekejap lagi benda jadi tak elok, terpukul ke apa benda akan jadi isu pula. Jadi kalau nak buat prank seperti itu lebih baik elakkan. Kalau di radio tidak mengapa sebab tak berdepan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad dan Fathia Latiff akan menemui peminat-peminat dalam filem terbaru mereka berjudul Darah Panas yang bakal ditayangkan pada 4 Jun ini di seluruh pawagam tanah air. Anda semua wajib serbu pawagam! (rtky/m)