fbpx

Sharnaaz Ahmad Terima Jika Digelar Panas Baran

Sering dilihat dengan perwatakan yang kasar dan juga garang, Sharnaaz Ahmad sering dilabel sebagai individu yang panas baran. Menyedari perkara tersebut, Sharnaaz menyatakan dia boleh menerima perkara tersebut.

BACA: Sharnaaz Ahmad: Filem Sekarang Banyak Yang Sampah

“Bagi saya, kalau orang hendak melabel saya sebagaia seorang yang panas baran pun, saya terima. Yang penting, saya tidak mengganggu hidup orang lain. Zaman sekarang adalah zaman lembut. Kenapa zaman lembut? Kerana kebanyakan mereka yang berani mengata ini, hanya berani di laman soial dan bukan secara berhadapan”

“Saya tidak menggelarkan mereka sebagai keyboard warrior kerana kalau warrior atau pahlawan, definisinya adalah seorang yang berani untuk berjuang. Jadi, mereka yang suka bercakap di belakang ini, saya anggap ‘sampah'”

“Kalau artis berbuat salah kecil sekali pun, mereka akan lihat dan menghentam,” jelas Sharnaaz dipetik daripada majalah Media Hiburan edisi terbaru. Selain itu, Sharnaaz memberitahu, dia melayan peminatnya lebih kepada kekeluargaan malah dia juga dianggap sebagai abang oleh peminatnya. (rtky/s)