fbpx

Sharnaaz Ahmad Merancang Kahwin Sebelum Raya 2016

Nampaknya untuk Aidilfitri tahun ini pelakon Sharnaaz Ahmad sudah bersedia dengan soalan – bila mahu kahwin – apabila dia berharap agar keinginan untuk berhari raya bersama isteri bakal terlaksana sebelum raya tahun depan.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tidak Gemar Kena Kejutan, ‘Prank’

“Sekarang ini, kalau nak cakap fasal raya, setiap tahun sama sahaja, tiada yang beza. Cuma saya harap tahun depan saya dapat beraya disamping orang tersayang. Barulah seronok. Asyik tengok orang lain beraya dengan pasangan, saya pun nak juga,” katanya kepada mStar Online.

Selain mengakui sendiri bahawa saudara mara sering bertanyakan soal jodoh apabila bertemu di hari rayan, Sharnaaz menjelaskan bahawa sehingga kini hanya dua orang wanita sahaja yang pernah diperkenalkan kepada keluarganya, namun tiada jodoh diantara mereka.

“Seronoknya beraya apabila seluruh keluarga kita dari pelbagai negeri berkumpul dalam satu rumah. Tetapi kena bersiap sedialah, makcik-makcik akan tanya ‘bila nak kahwin?’ Saya dah biasa dah dengan soalan itu,: katanya sambil ketawa. (rtky/s)