fbpx

Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, bagaimanapun Sharnaaz Ahmad sanggup mengetepikan konflik antaranya dengan isteri, Noor Nabila demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden kini berusia dua tahun.

Menurut Sharnaaz, dia kini bahagia menjalani kehidupan seharian memandangkan tiada lagi halangan untuk bertemu dengan putera kesayangannya itu. Bagaimanapun, Sharnaaz berkata dia menyerahkan kepada mahkamah mengenai hal rumah tangga mereka.

BACA: Ketepikan Isu, Sharnaaz Ahmad Beraya Dengan Anak & Noor Nabila

“Kami belum bercerai tapi keputusan nak keluar tak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. Apa jua keputusan tentang rumah tangga, saya serahkan kepada mahkamah.

“Sejak kes ini difailkan di mahkamah saya dah reda dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.

“Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwina jatuh nombor dua,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut meluahkan rasa syukru apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya pada bila-bila masa dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya. Sharnaaz berkata dia meluangkan masa tiga kali sehari bertemu anaknya di rumah Nabila.

“Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan. Itu dah cukup buat saya seronok.

“Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul.

“Saya tak mahu Jebat ras kehilangan seorang bapa. Saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami. Demi Allah, apa saya buat ini semua hanya untuk anak. Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” katanya.

Januari lalu, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha damai dilakukan Sharnaaz sepanjang setahun tinggal berasingan. Kata Nabila lagi, dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses perceraian boleh selesai dengan cepat.