fbpx

Ketepikan Isu, Sharnaaz Ahmad Beraya Dengan Anak & Noor Nabila

Meskipun kes perceraian mereka masih lagi berjalan, namun ianya tidak menghalang Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila untuk menjalin hubungan baik sebagai ibu bapa demi anak mereka, Jebat Jayden.

Malah, Sharnaaz tetap menyambut hari raya bersama anaknya di rumah keluarga Noor Nabila. Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz berkara dia sanggup mengenepikan apa sahaja isu antaranya dan Nabila untuk anak mereka.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Sepakat Besarkan Anak Bersama

“Cukup sempurna dah bagi aku. Baba (Sharnaaz) loves you boy. Isu mommy dan baba tolak ketepi, kami sayangkan kamu sangat. Selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy,” katanya.

Dalam entri tersebut, Sharnaaz turut memua naik gambarnya bersama Jebat dan Nabila. Nabila juga dilihat turut memuat naik gambar mereka bertiga di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengharapkan agar pasangan itu bersatu kembali serta mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia setahun.