Sharnaaz Ahmad Akui Rakan Jauhkan Diri Saat Rumah Tangga Duji
Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia mengalami kemurungan apabila rumah tangga dibina bersama Noor Nabila diuji sejak setahun lalu. Malah, dia juga mengalami penyusutan berat badan ketara hingga ditegur beberapa teman rapat.
Katanya, disebabkan ujian yang dilaluinya itu ada rakannya mula jauhkan diri. Bagaimanapun, Sharnaaz bersyukur masih ada teman yang setia seperti Shukri Yahya dan Datuk Fizz Fairuz yang tidak berhenti memberikan semangat.
BACA: Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari
“Saya baru kenal siapa kawan dan lawan. Mereka yang ada hari ini adalah teman setia yang tidak pernah lari. Shukri, tidak lari meninggalkan saya. Daripada hari pertama saya ‘teruk’, dia berada di belakang saya.
“Fizz, seorang lagi teman yang tidak pernah menjauhkan diri. Dia tahu macam mana sengsaranya hati berdepan dengan ujian rumah tangga.,” katanya kepada BH Online.
Sharnaaz berkata dia banyak menghabiskan masa dengan bersenam dan di gimnasium untuk melupakan segala kesakitan. Ujarnya, di media sosial orang melihat dia ketawa tapi tidak tahu apa yang dialaminya.
“Saya banyak menghabiskan masa di gimnasium sama ada pagi, tengah hari dan malam. Saya akan menghabiskan masa bersenam untuk melupakan kesakitan.
“Saat menghadapi ujian, saya sebenarnya lebih suka menyendiri. Di laman sosial, orang mungkin nampak saya gembira dan ketawa, tetapi mereka tidak tahu apa yang saya alami,” katanya.
Katanya lagi, ketika itu dia banyak masa di rumah untuk dekatkan diri dengan Allah serta memperbaiki rohani. Tidak tahu sama ada apa yang dilaluinya itu kemurungan, namun dia bersujud dan mengadu pada Allah.
“Waktu tengah ‘sengsara’, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Saya dekatkan diri dengan Allah dan memperbaiki rohani. Saya tak tahu apa yang dialami adalah satu bentuk kemurungan.
“Pada saya, kenapa saya perlu murung sedangkan saya ada Allah? Tidak relevan apabila kita ada agama, tetapi mengalami kemurungan, sedangkan boleh solat dan bersujud untuk mengadu.
Bagaimanapun, Sharnaaz bersyukur berjaya pulih daripada kesedihan. Ujarnya, jika dia Sekiranya gagal mengawal perasaan ketika itu, mungkin sudah memilih jalan yang salah dengan mengambil barang terlarang.
“Jika saya tidak menerima kenyataan, mungkin saya jadi tidak betul dan hisap dadah. Tetapi, saya bukan jenis sedemikian, saya suka melawan untuk mendapatkan apa yang diingini. Orang kata cara saya kasar, saya tidak peduli kerana itu cara saya untuk memperjuangkan hak saya.
“Saya lakukan semua ini demi anak, Jebat Jayden. Biarlah, apa yang orang hendak kata, saya melawan untuk mendapatkan orang yang saya sayang. Ia juga satu kebanggaan untuk saya sebagai seorang bapa,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Sabar la bro.. baru tau ker dunia industri Msia ni toksid, deep fake…. bermuka-muka.
-memandu kereta perlu berhati2 kerana jalan didepan tu kita anggap harimau sdg berlari ke arah kita.
-berniaga jika tiada duit backup..jgn berniaga.
-berani nak menikah, berani hadapi pasangan.
-nak naik gunung, perlu belajar nak busut dulu.
-nak duit, kerja dulu.
-taknak dpt covid, stay at home.
…bla..bla..
-setiap kesukaran yg diberikan olehNya, pasti ada kesenangan.
-semasa hujan lebat ribut petir meninggalkan banjir bah, selepas itu pelangi dtg menjelma.
..next..ponat aku dh nk mengingat2..
industry hiburan mmg camtu kan
sbb tu byk jew artis veteran terpinggir byk lebih pamirkn kemewahan idop dlm bubble sendiri padahal x kaya mana ghutang gali lobang katup lobang
aku tau la mak ke kerja LDHN..ha ha byk propa artist kite pmain bola pun 2×5
Hurrmmm… *sharnaz brkata saya bnyak mnghabiskn masa brsenam di gymnasium untuk melupakn segala KESAKITAN!! mmbbbahhh mu la.. Org klau dh timpa musibah kerap ke [email protected] nko dok pegang dumbbell n trademil chanaz.. Chanaz ontahlaaa
Mungkin sbb mulut kau jugak dedulu poyos lol mmm kite hrus dengor pihak lain hokay psl diri kita apa yng org laen nmpk atau meluat psl kiter…ada ler sumething kan? Muhasabah ler
exercise pun ok what dpt hilang stress .. bkn mcm ko pemalas badak sumbu melahap je koje asik bukak peti ais sampai ranap pintu.
sebenarnya org lain byk problem jugak..kusut dh fikiran dgn masalah sendiri, nk dgr masalah org, nnti jdi double marble..
Alolo tu la kifarah ko buat kt Faiz Roslan smpai murung kita tk tahu.. rasakn at least ko perasan byk plastik la industri seni…. kaki gaduh pun ramai masing2 sembang kari mcm ko lah dulu serba xkena ,,xkn lupa?
Psl si Paiz Roslan tu ade benarnya. Selalunya puak2 LGBTQ byk yg terinaya… kekuar rumah jew dah kena umpat jiran2 sebelah mcm2 tanggapan serong msyarkt dicaci luar dn dlm socmed tu ..bila engko berlakon jd sotong dulu mesti ada yg menyumpah ko dlm hati..maka terjadilah kifarah secara x sengja ko dah mengejek ciptaan tuhan. Kifarah tu berbalik pd hidup ko brader melalui doa2 org terinaya. Pikir2 kan jew.
ade sesapa boleh summary apa kes cik paez dgn sharnaz ni. depa ada skandal ka apa. makcik x sempat kne abis nak lipat kain.
@Mak Cik Mah, nak kasi tahu u sikit, sesekali Mak Cik Mah buatlah table of summary, org lain kuat korje, ko dpt credit..x kan nk mkn je, tolonglah masak atau kemas, kalau mls beli nk jimat duit takpelah, janji buat kerjo…
dh lama aku sekodeng Mak Cik Mah..
bkn aku pksa sesapa nk tolong summary makcik ucap tenkiu. Weeeeeeeekkk nak sound makcik nape. tu nama nye kerja volunteer. ada makcik bubuh pisau kat telinga kamu?
@Mak Cik Mah …tpi niat tu ada tak!!!..mkcik mah nk letak pisau..ada tak niat tu..aku tnya..