Rumah tangga pasangan selebriti Sharifah Husna dan Halim Radzi bertemu titik noktah apabila mengesahkan sudah bercerai talak satu.
Memetik mStar Online, Husna yang mengesahkan perkara itu sekaligus menjawab spekulasi rumah tangga bergolak sebelum ini.
BACA: Sharifah Husna Tampil Berhijab, Netizen Cair Tengok Halim Radzi Puji Isteri Cantik
“Ya betul, saya dah bercerai dengan Halim,” katanya.
Sementara itu, sumber terdekat memberitahu Halim melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Selangor kerana tiada persefahaman.
Dalam pada itu, Halim yang dihubungi tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan hal privasi rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada umum.
“Saya kalau boleh tak nak kongsi dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.
“Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan. Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi,” katanya.
Difahamkan, Husna sudah pun selesai menjalani tempoh iddah dan pasangan itu masih mengekalkan hubungan persahabatan.
Untuk rekod, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022.
Sumber: mStar Online