fbpx

Selepas bergelar pasangan suami isteri, pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna terus menjadi perhatian ramai di media sosial.

Baru-baru ini, Halim ada memuat naik video di TikTok memaparkan dia memuji kecantikan isterinya yang mengenakan hijab.

BACA: Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Indonesia

Menerusi video itu, Halim meluahkan rasa terpegun denhgan kecantikan Husna serta memberikan kata-kata romantis buat isteri tercinta.

@halimradz

MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah ?? @Sharifah Husna ??

? original sound – HALIM RADZI – Halim Radzi

Husna yang tersipu-sipu malu mengatakan dirinya biasa sahaja, tetapi Halim meyakinkan bahawa kecantikan dimiliki isterinya adalah ‘luar biasa’.

“Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya.. malu? Malu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak puji pun tetap cantik. Haihh luar biasa (cantik). Assalamualaikum bidadari syurga.. sayang sangat,”  katanya.

Aktor itu turut dilihat meninggalkan kapsyen mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai sempena perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.

Perkongsian Halim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aksi romantis pasangan berkenaan serta mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.