fbpx

Shahir AF Jadi Semangat Erra Fazira Bertudung?

Baru-baru ini Erra Fazira sudah pun berhijrah dengan bertudung litup dan jika menurut sumber Kak Pora dari Berita Harian, Erra juga dalam masa yang sama turut mendapat kekuatan untuk berhijrah daripada Shahir AF.

BACA: Bekas Suami Lelong Koleksi Rambut Palsu Erra Fazira

Ketika ini Shahir didakwa telah pulang ke kampung halaman yang terletak di Perak dan membuka kelas fardhu ain di sana. Sebelum ini, Erra pernah memberitahu individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat.

Malah mereka juga dikatakan pernah keluar bersama namun ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Erra tidak mengiyakan atau menidakkannya. Mungkin juga bila Erra sudah bersedia nanti, dia akan menjelaskan perkara ini.

Apa pun, jika benar Erra dan juga Shahir sedang bercinta, pastinya ramai peminat di luar sana sentiasa mendoakan kebaikan dan juga kebahagiaan buat mereka. (rtky/s)