fbpx

Bekas Suami Lelong Koleksi Rambut Palsu Erra Fazira

Berita penghijrahan pelakon juga penyanyi Erra Fazira yang kini sudah berhijab penuh sejak beberapa hari lalu mendapat reaksi positif ramai pihak dan mereka mendoakan supaya imej baru dan niat beliau untuk berubah menjadi lebih baik akan berkekalan.

Erra Fazira kini pun kelihatan semakin jelita dengan penampilan bertudung berbanding dengan penampilannya yang dahulu yang mana seringkali tampil dengan gaya berambut palsu setiap kali muncul di khalayak ramai walaupun tuan badan sendiri tidak pernah menyebut tentang soal ini.

BACA: Erra Fazira Sahkan Sudah Berhijab Penuh Sejak Malam Nisfu Syaaban

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan apabila bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah membuat penggumuman bahawa beliau kini merupakan pengedar sah bagi koleksi rambut palsu Erra Fazira. Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Bekas Suami Mahu Lelong Rambut Palsu Erra Fazira - ROTIKAYA

Kami pasti apa yang dikatakan oleh Engku Emran ini merupakan satu gurauan buat bekas isterinya itu. Jangan pula anda semua berebut mahu membeli rambut palsu Erra Fazira untuk digayakan di hari raya Aidilfitri nanti. (rtky/fr)