fbpx

Shah Jaszle Diminta Bela Diri Kes Khalwat

Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan pelakon Shah Jaszle untuk membela diri atas tuduhan berkhalwat dengan bekas pekerja bank pada 16 Mei 2013 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka.

BACA: Shahz Jaszle Berubah Kerana Ingat Pesan Arwah Ayah

Pasangannya, Farah Nurizzati Salleh telah mengaku bersalah dan didenda RM3,000 atas pertuduhan sama ketika kedua-dua mereka didakwa buat pertama kali pada 12 November 2013.

Dalam kes khalwat tersebut, Shahz dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di sebuah pangsapuri dekat Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Shahz sudahpun berkahwin dengan seorang model sambilan bernama Hanis Husna pada awal tahun ini. Sementara dalam kenyataan sebelum ini, pelakon ini juga pernah bertekad untuk mencari dalang disebalik kes khalwat tersebut bagi membersihkan namanya. (rtky/s)