Pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila dilihat berkongsi hantaran ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ Member 7.0 di Kuala Terengganu yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fauzi meluahkan rasa syukur selesai sudah tugas mereka di Terengganu serta mengucapkan terima kasih yang membantu sepanjang perjalanan mereka ke sana.
BACA: Lisdawati Dedah Pernah Diuji 4 Tahun Tiada Tawaran Berlakon
Dalam video tersebut turut memaparkan pasangan itu menunggang motosikal RXZ dengan mengenakan baju berwarna kuning sedondon.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Lisdawati yang menutup aurat meskipun menunggang motosikal serta wajar diangkat sebagai ikon pemotoran wanita.
