Pelakon Lisdawati mendedahkan dia pernah diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon selama empat tahun sepanjang dua dekad bergelar anak seni.
Memetik mStar Online, Lisdawati berkata dia menerima ujian itu selepas membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya namun dia tetap istiqamah.
BACA: Fauzi Nawawi Sedih Lisdawati Tunai Haji, Tak Pernah Berenggang Lama
“Empat tahun Allah uji, macam-macam saya usaha sampai banyak air mata tumpah. Itu pengalaman yang berat buat saya.
“Masa itu saya betul-betul diuji. Saya tertanya-tanya sebab saya pakai tudung ke? Saya terfikir-fikir,” katanya.
Menurut Lisdawati, meskipun dia duji namun dia tidak terfikir untuk berpatah balik sebaliknya semakin mendekatkan diri kepada Allah dan dia lebih menjaga ibadah meskipun sibuk di lokasi penggambaran.
“Saya pernah berdoa kalau jalan saya untuk berlakon, tolong kembalikan tawaran kepada saya dan saya akan menjaga mengikut tuntutan agama.
“Sebab itu saya mula pakai sarung tangan dan kaki malah cukuo menjaga waktu splat,” katanya.
Dalam pada itu, Lisdawati berkata ujian itu turut memberi kesan kepada suaminya, Fauzi Nawari sehingga terpaksa menggadai barangan berharga serta kereta ditarik oleh pihak bank.
“Bergolok gadai dengan pihak bank, surat merah sampai dan kereta kena tarik…itu semua saya dan suami dah rasa. Sebab itu bila datangnya pandemik kami boleh tersenyum sebab kami pernah duji lebih perit,” katanya.