fbpx

Melihatkan situasi COVID-19 di Sabah semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak, pelakon Ardell Aryana dikhabarkan turut terbang ke negeri Sabah untuk misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi perkongsian di Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa turut memuat naik video Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.

BACA: Ardell Aryana Berjaya Kumpul RM22,000, Bina Rumah Untuk Keluarga Asnaf

Nadzmi turut memohon para peminat dan netizen mendoakan agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang keberadaannya di Sabah.

Melihat Ardell menangis sebak ketika memeluk cium anak mereka, Nadzmi berkata dia terpaksa menahan air mata di hadapan isterinya tercinta.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan segala urusan Ardell disana akan dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi di sana.