fbpx

Ardell Aryana Berjaya Kumpul RM22,000, Bina Rumah Untuk Keluarga Asnaf

Sering terlibat dalam misi kemanusiaan, baru-baru ini pelakon Ardell Aryana meluahkan rasa syukur apabila dia dan pengikutnya berjaya mengumpuldana untuk membina sebuah rumah baru untuk keluarga asnaf.

Ardell berkata dia memperuntukkan sebanyak RM22,000 untuk membina rumah berkenaan. Meskipun jumlah itu tidak besar namun warga tua yang menerima bantuan itu menangis kerana terkejut dengan sumbangan berkenaan.

BACA: Ardell Aryana Gembira Berjaya Habiskan Pantang 44 Hari

Menerusi Instagram, Ardell turut memuat naik gambar pondok usang yang diduduki oleh warga emas tersebut. Ardell berkata rumah yang berkenaan dijangka siap bulan ini juga.

Dalam pada itu, Ardell turut menitipkan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang sudi mengumpul dana bersama-sama dan semoga ia akan menjadi saham akhirat untuk mereka semua.

“Terima kasih semua pengikut saya yang sudi bersama kumpul bina rumah batu untuk keluarga ini. Walaupun rumah kos rendah tapi Insya-Allah cukup selesa buat keluarga ini. Moga syurga buat kalian. Ini saham akhirat kita bersama.

“Selagi mana keluarga asnaf ini menggunakan untuk berteduh dan menggunakan dari setiap sudut rumah ini, InsyaAllah pahala buat kalian,” katanya.