fbpx

Sering Tayang Foto Seksi, Scha Elinnea Dapat Mesej Lucah Suami Orang

Masih baru lagi dalam dunia lakonan, bagaimanapun nama pelakon Scha Elinnea kini semakin dikenali ramai. Malah, pelakon itu juga turut menjadi perhatian sejak kebelakangan ini kerana imejnya yang agak seksi.

Sering memuat naik gambar seksi di media sosial, Scha mengakui menerima mesej dan foto lucah daripada lelaki berstatus suami orang. Menganggap perkara itu belum ditapa melampui batas, namun dia tetap berhati-hati.

BACA: Muat Naik Gambar Seksi, Scha Elinnea Enggan Hipokrit

“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh dikatakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram daripada orang yang berkahwin dan ada juga yang masih bujang.

“Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar. Tapi buat masa sekarang, saya tak pernah lagi dapat mesej yang melampau sangat. Pernah juga dapat komen yang kata kalau kena rogol, sia-sia saja.

“Bila saya tengok mesej macam tu, saya akan lebih berhati-hato bila keluar. Saya akan keluar bersama keluarga, lebih selamat,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Scha menegaskan pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol berleluasa tetapi disebabkan masalah mental seseorang kerana ada sahaja wanita menutup aurat turut menjadi mangsa.

“Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol. Benda ini atas indvidu itu sendiri sebab kes rogol ini ada saja melibatkan wanita yang menutup aurat sepenuhnya.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing. Kalau seseorang itu hati dan nafsu dia tak boleh kawal, itu yang terjadinya kes rogol,” katanya.