fbpx

Serina Redzuawan Nafi Nikah Di Thailand

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan mendakwa anaknya, Serina Redzuawan bernikah di Siam, Thailand.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Instagram, Serina tampil menafikan perkara itu. Serina berkata pernikahannya dengan lelaki dikenali sebagai Aidid berlangsung di sebuah negeri di Malaysia.

BACA: Chef Wan Terkejut Serina Nikah Di Thailand

“Secara jujur, papa sudah tahu kami bernikah kerana saya sudah maklumkan papa. Suami juga sudah berjumpa dengan papa. Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam.

“Fikirlah secara logik, sempadan pun tutup mana ada buka. Cuba doakan yang baik-baik dan jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa, mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, Serina menafikan dakwaan bergelar isteri kedua sebaliknya suaminya yang juga seorang anggota polis berstatus duda tanpa anak.

“Saya ingin jelaskan suami saya bukanlah suami orang, (dia) duda. Sebelum kami berkenalan mereka sudah mempunyai masalah perkahwinan jarak jauh dan belum mempunyai zuriat. Jangan menuduh suami saya dengan perkara tidak benar,” tulisnya lagi.

Kata Serina lagi, bapanya berang dan dan meluahkan kekecewaannya secara terbuka di Instagram semalam kerana hasutan pihak lain.

“Memang saya akui ramai yang hasut dan cucuk papa macam-macam, suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa hormati papa. Kami tidak ada masalah pun selama ini.

“Malah, papa sendiri ada muat naik di Instagram dia sebelum ini, dia merestui hubungan kami bernikah benda baik dan halalkan hubungan dituntut dalam Islam,” katanya.