fbpx

Chef Wan Terkejut Serina Nikah Di Thailand

Baru sahaja sebentar tadi Serina Redzuawan berkongsikan berita gembira mengenai pernikahannya bersama jejaka pilihan dikenali sebagai Aidid, perkongsian bapanya iaitu Datuk Chef Wan mengejutkan ramai.

Menerusi entri di Instagram, Chef Wan berkata pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya. Ujarnya, lebih kecewa anaknya sudah lama berkahwin di Thailand.

BACA: Serina Redzuawan Selamat Bernikah Kali Kedua

“Kakak saya hantar gambar ini sambil bertanya, adakah anak saya sudah berkahwin? Saya terkejut. Dia umum dalam Instagram. Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata dia dah nikah di Siam pun. Jantung saya bagaikan dipanah petir.

“Dia mahu nikah di rumah saya untuk urusan nikah semula di Malaysia sahaja. Terus saya tak jawab kata-katanya. Dulu pun dia memalukan saya dengan kisah bersama Hani Mohsin dia tu. Dengan apa yang berlaku selepas banak nasihat diberi, saya tidak terkejut.

“Sebagai seorang bapa, apa yang mereka buat cukup mengecewakan. Saya tidak melarang mereka bernikah. Pergi bernikah di Thailand kemudian baru beritahu saya, adakah bagus budi bahasa anak jenis begini?” luahnya.

Seolah kecewa dengan tindakan anaknya itu, Chef Wan berkata dia sudah enggan ambil peduli tentang keputusan anaknya itu, namun mendoakan yang terbaik akan pernikahan Serina.

“Rina, rina. Suka hati kamu berdualah. Kamu pun dah tua, masing-masing tahu dan bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan, terutama di belakang saya.

“Sebanyak mana pun saya terluka, saya telan sahaja. Walau apa pun, saya harap mereka bahagia. Saya percaya, semua ibu bapa juga berkongsi apa yang saya rasa sekarang. Kita doakan yang terbaik dan aminkan pernikahan mereka ini,” katanya.

Terdahulu, Serina berkata majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di masjid serta berterima kasih kepada bapanya kerana merestui perkawinan mereka.