“Semua Lelaki Inginkan Wanita Seperti Wan Sharmila”
Dilihat serasi bergandingan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, ramai peminat mahu melihat Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila bercinta di dunia realiti.
Akui hubungan mereka kini masih sebagai seorang kawan, bagaimanapun Syazwan berkata dia tidak menolak sekiranya berjodohan dengan Wan Sharmila. Ujarnya, ramai lelaki inginkan wanita seperti Wan Sharmila.
BACA: Foto Mesra Dengan Wanita Lain, Syazwan Zulkifly Putus Tunang?
“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala. Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan.
“Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala. Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Syazwan berkata dia merima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama. Katanya lagi, dia sudah lama mengenali Wan Sharmila dan merupakan wanita yang lemah lembut.
“Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.
“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.
Dulu ko le kutuk2 cinta lokasi, propa nk promo drama bagai. Ni ko sendiri yg buat. Tu laa lain kali nk kutuk2 org tu ingt2 laa satu ari nnt kita sendiri yg buat
Antara Amerul Affendi dgn Syazwan ni sapa lg x hensem? Kenapa Amerul suka ngadu dia xde job sbb muka x hensem, x ramai followers kt ig! Tp Syazwan ni OK jek bnyk je dpt offer!
Ok la dia ni acting bagus…
Ex lala dulu pun mcm stok Michael ang eh??? Semoga kau dijodohkan dengan yang terbaik untuk kau sis….
Syazwan nak apam ler tu.
Yeke..dh tu np jd bercerai gak..eeleh blum kawin mmg le semua lemah lembut..dh kawin nnti semua x blh sorok lg..br tau true colours
semua lelaki konon, habis kenapa tak kahwin2 lagi?
Bila laki2 ckp mcm makna nye dia minat la tu. Org tak minat ckp kami hnye berkawan saja.