fbpx

Foto Mesra Dengan Wanita Lain, Syazwan Zulkifly Putus Tunang?

Umum mengetahui Syazwan Zulkifly telah pun mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, timbul spekulasi putus tunang apabila gambar pertunangan mereka telah dipadam.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila kedua-dua mereka tidak lagi mengikut akaun Instagram masing-masing. Lebih hangat apabila Syazwan dilihat ada memuat naik gambarnya bersama wanita lain di Instagram.

BACA: Wanita Dedah Mesej Nakal Syazwan Zulkifly, Tanya Saiz Bra?

Foto berkenaan seolah memberi gambaran bahawa Syazwan kini telah menemui pengganti baru. Tidak lama kemudian foto tersebut telah pun dipadam oleh Syazwan.

Menerusi gambar sambutan hari raya yang dimuat naik baru-baru ini, Syazwan hanya berkongsikan gambar bersama keluarga sahaja dan tiada langsung kemas kini terbaru bersama tunangnya.

Dalam pada itu, sebelum ini menerusi IG Live ada pengikutnya bertanyakan tentang status terkini Syazwan, namun aktor berkenaan dikatakan langsung tidak mengendahkan soalan tersebut.