fbpx

Selena Gomez Adakan Konsert Di Malaysia Januari 2014

Peminat penyanyi lagu popular Come & Get It ini sudah boleh mula kumpul duit untuk menghadiri konsert pertama Selena Gomez di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dibawakan oleh penganjur We Love Asia, Selena Gomez bakal singgah ke Stadium Merdeka, KL pada 26 Januari 2014 nanti sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Star Dance Tour beliau.

Ini bukan kali pertama Selena Gomez menjejakkan kaki ke Malaysia. Kalau anda masih ingat, sekitar Julai 2012 penyanyi popular ini pernah hadir ke Malaysia menemani Justin Bieber yang merupakan teman lelakinya ketika itu.

Maklumat tiket masih belum di’umumkan dan jika anda ingin tahu perkembangan terbaru konsert Selena Gomez di Malaysia ini, layari Facebook rasmi We Love Asia.

Selena Gomez Live In Malaysia 2014 - ROTIKAYA