Kehadiran Justin Bieber ke Malaysia memang menjadi satu perhatian dan nama beliau sebenarnya lebih besar daripada acara yang bakal beliau sertai esok.

Awal tengah hari ini, heboh peminat di Twitter tentang sekeping gambar yang menunjukkan Justin Bieber bersama kekasih Selena Gomez berada di sebuah kompleks membeli belah.


Pasangan ini di’lihat berjalan berpimpinan tangan di Wangsa Walk dan kehadiran Justin Bieber ini pasti’nya satu kejutan buat pengunjung pusat membeli belah itu.

Kami tidak pasti pemilik asal gambar yang sedang bertebaran ini tetapi kami akan cuba dapatkan lebih gambar lagi akan kelibat Justin Bieber di Malaysia.