Leez Rosli Kini Tampil Berhijab?
Ketibaan tahun baru mungkin memberi makna tertentu bagi seseorang individu dan kami lihat permulaan tahun 2015 ini, Leez Rosli yang juga merupakan isteri kepada Aepul (Drama Band) sudah mula mengenakan hijab di dalam beberapa gambar terbaru akaun Instagram miliknya.
BACA: Leez Rosli, Aepul Drama Band Selamat Bergelar Suami Isteri
Selain itu, Leez juga turut muncul bertudung ketika hadir pada AJL 25 semalam. Mungkin ini juga perubahan yang dilakukan Leez setelah bergelar isteri pada 27 Disember tahun lalu. Apa yang pasti, Leez ternyata kelihatan lebih menawan dengan imej terbarunya itu.
Jika Leez masih dalam cubaan untuk berhijab, kami yakin ramai peminat di luar sana sentiasa mendoakan kebaikan agar hubungan Leez dan juga suami sentiasa diberkati dan dilimpahi kebahagiaan.
Jadi, pada pandangan anda, siapa selebriti yang akan turut berhijrah untuk berhijab pada tahun ini? (rtky/syfq)
tahniah Leez
Bila kahwin je,terus pakai tudung.. alasan xnk susahkan suami..nk jaga maruah suami.. Xnk heret suami masuk neraka…habis tu selama ni x jaga maruah bapak ko ?? BAPak ko,ko biarkn masuk neraka, tp suami ko,ko xnk dia masuk neraka plak ?? Pathetic
Dah dia baru nak dpt hidayah lepas kawin nak buat mcm mane? Alaa ko bukan xde buat salah. Mcm laa ko tu xde dosa langsung. Maksum laa sangat kann. Entah2 maksum pun ko x tahu apa mksud dia.
org tu da bertudung cuba la bg kata2 yg baik sikit …. Hal lepas , lepas la … nak heret ayah ke neraka ke , xnk heret suami ke neraka ke itu urusan dia dan tuhan …. yg komen2 bajet bagus atas ni, xkesian kat bapak? abang? laki ke? nak heret diorang masuk neraka?
masalah nyer skarg.. laki dia maen coc x?? leh join clan ak..
Alhamdulillah,,,cantik :)
Bila ramai yg pakai tudung sebab suami, pasal tu la ramai yg hipokrit. pakai tudung tapi mulut mcm longkang. lepas tu cakap sekurang kurang aku pakai tudung daripada ko tu…yang lain sumer blakang citer asalkan pakai tudung. cuba tengok dalam rukun islam dgn rukun iman..ader ke menutup aurat dalam tu…tutup aurat mmg wajib, tapi jgn ingat yg tak tutup aurat tu ahli neraka.
Setuju dgn Ms R.. Cer cari apa maksud aurat yg sebenar dalam Al-Quran.. Baru tahu maksud sebenar.. Bukan pakai tudung sbb budaya je.. :p
yang gambar bertiga tu , pakai tudung kekuningan tu siapa ? lawa . hahahaha .
Alhamdulillah….
Kita ni mcm xde dosa pulak kan nk kutuk2 org. Jom istighfar ;)..
Astaghfirullahal adzim..
Baguslah berhijab, doa yang baik-baik jer