fbpx

Sekitar Majlis Aqiqah Anak Aliff Aziz, Bella Astillah

Berlangsung dengan cukup meriah, majlis aqiqah anak sulung Aliff Aziz dan juga Bella Astillah telah diadakan di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dalam suasana yang cukup tenang dan meriah. Majlis yang bertemakan warna putih itu turut dihadiri saudara dan juga rakan terdekat.

BACA: Video Bella Lahirkan Anak Sulung Sentuh Hati Peminat

Ternyata bersyukur dengan kehadiran anak lelaki mereka yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean, pasangan ini juga dilihat seringkali memuatnaik gambar bersama bagaikan memberikan bayangan bahawa rumahtangga mereka sudah kembali berseri selepas insiden yang melanda.

Malah ketika rumahtangga mereka bergolak seketika gara-gara orang ketiga, Bella mengambil keputusan untuk memaafkan individu tersebut. Malah Bella juga tidak terburu-buru membuat keputusan berdasarkan emosi untuk berpisah dengan suaminya ketika di saat genting itu.

Apa-apa pun, semoga perjalanan keluarga ini di masa hadapan akan dipermudahkan. Kami kongsikan bersama anda beberapa gambar sepanjang majlis aqiqah berlangsung.

GAMBAR: Kakifoto By Rashidee Azman