Buang yang keruh ambil yang jernih, itulah perumpamaan yang dapat digambarkan oleh pasangan bahagia, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama semalam. Pasangan itu kelihatan bahagia sekali makan malam bersama di sebuah restoran yang dihias dengan cukup romantis.

BACA: Sekitar Majlis Aqiqah Anak Aliff Aziz, Bella Astillah


Umum mengetahui sebelum ini rumah tangga pasangan ini bergolak dek kerana kehadiran orang ketiga. Biarpun Bella sendiri menjadi saksi kecurangan suami tersayang namun hati seorang isteri dan naluri seorang ibu tetap ingin mempertahankan perkahwinan yang dibina. Menerusi akaun Instagram, Bella turut memberikan ucapan bermakna buat suaminya.

“Happy 1st Anniversary. Dalam setiap alam perkahwinan kita pasti akan merasai kepahitan. Susah, senang, kebahagian, kedukaan pasti akan singgah dalam kehidupan kita. Sama ada kita redha atau sebaliknya. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid”

“Dan saya sebagai isteri, akan saya jaga tingkah laku dan maruah saya sebagai seorang wanita dan juga isteri. Jika kita ingin dihormati, cerminlah diri kita dan lihat diri kita. Wanita harus menjaga maruah dan lebih mahal (maksud saya sukar didekati, sopan santun dan baik budi bahasa). Semua orang diduga ketika bercinta, bertunang dan berkahwin”


“Pertahankanlah perkara yang sudah halal dan milik kita. Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain, akan berbalik pada diri kita. Entah yang menerima balasan ialah dirinya, atau anaknya, cucunya, atau kalau tidak terbalas, maka pembalasan tidak terampun akan terjadi di alam seterusnya,” tulisnya antara ucapan buat suami tercinta.

Dalam ucapan itu, Bella turut memesan kepada suaminya untuk mempertahankan masjid yang dibina bersama biarpun diganggu oleh mana-mana pihak dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Rata-rata peminat turut tersentuh dengan ketabahan Bella yang sanggup memaafkan Aliff dan memberi peluang kedua buat suaminya itu. (rtky/w)