Baru baru ini, para peminat dunia hiburan mula teruja dengan gandingan terbaru Neelofa dan Zul Ariffin dalam sebuah drama yang sedang menjalan penggambaran di Eropah.

Siap ada yang sudah mencipta hashtag baru di media sosial khas untuk pasangan ini. Peminat juga tidak sabar untuk melihat aksi pasangan ini di skrin televisyen apabila banyak gambar belakang tabir dikongsikan oleh mereka berdua.


BACA: Peminat Mula Cipta Hashtag Untuk Zul Ariffin, Neelofa


Termasuklah sekeping gambar mesra yang melihatkan Neelofa melentok manja di bahu hero barunya, Zul Ariffin. Gambar tersebut telah menerima komen kurang sedap dari orang ramai.



Namun, ramai juga yang berkata ini sekadar lakonan dan tidak perlu diambil serius sangat dengan gambar Neelofa dan Zul Ariffin ini. Drama belum keluar pun sudah ada kontroversi, bertabahlah Neelofa & Zul Ariffin. (rtky/m)