fbpx

Peminat Mula Cipta Hashtag Untuk Zul Ariffin, Neelofa

Tempoh hari, Neelofa ada mengumumkan bakal bergandingan dengan hero kacak Malaya, Zul Ariffin dalam drama terbaru adaptasi novel, Ti Amo SweetHeart 100 Hari karya Suri Ryana. Mendengar berita baik itu, peminat nampaknya dah mula mencipta hashtag Zulofa untuk pasangan ini.

BACA: Suplemen Untuk Bayi, Neelofa Dikritik Ramai

Dimaklumkan drama ini bakal diarahkan oleh pengarah terkenal, Micheal Ang. Kalau anda masih ingat drama terakhir lakonan Neelofa yang menjadi FENOMENA, Suri Hati Mr Pilot bersama Fattah Amin. Pasti ramai teruja menantikan ‘chemistry’ Neelofa dan Zul pula kali ini.

“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi. Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini,” katanya.

Rata-rata semua memberikan ‘restu’ kepada pasangan ini andai ‘tercipta sesuatu’ sepanjang pengambaran berjalan nanti. Iyalah, masing-masing juga masing bujang dan sama cantik sama kacak. Yang penting hashtag sudah ada walaupun drama belum bermula! (rtky/w)