Pelakon Janna Nick berkata dia sedar fizikalnya kelihatan berisi dan nekas untuk menurunkan berat badan dalam masa 90 hari.
Memetik Astro Gempak, Janna berkata sudah pasti setiap individu mempunyai kesedaran mengenai fizikal mereka dan tidak perlu orang lain memperkatakan tentang saiz badannya.
BACA: “Isteri Achey Cakap Lepas Kurus Baru Berjaya Dapat Baby” – Janna Nick Nekad Kurus
“Sebagai seorang wanita, apabila kita mula berasa tidak seronok untuk mengenakan pakaian, sebenarnya kita dah tak memerlukan orang lain untuk mengecam kita.
“Orang tidak perlu mengatakan, ‘gemuklah, kuruslah sedikit’. Tidak perlu kerana kita sendiri sedar akan keadaan diri. Kita tidak berilusi. Apabila melihat cermin atau mencuba pakaian, kita sendiri mempunyai kesedaran itu.
“Contohnya, apabila melihat pakaian yang cantik pada patung tetapi selepas memakainya, kita tertanya-tanya mengapa kita kelihatan gemuk atau lengan nampak besar. Kita sudah mempunyai kesedaran sendiri. Netizen tidak perlu bersusah payah datang dan memberitahu kita gemuk,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata dia nekad untuk menurunkan berat badan kerana mahu tampil lebih yakin dan cantik, bukan kerana suami.
“Sekarang ini bukan lagi mengenai suami saya atau usaha mendapatkan zuriat. Sekarang ini adalah mengenai diri saya sendiri. Saya mahu melakukannya untuk diri dan keyakinan saya. Saya mahu kelihatan cantik, lebih kemas dan yakin apabila mengenakan pakaian.
“Saya mahu mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Segala yang saya lakukan sekarang adalah untuk diri saya, bukan untuk suami,” katanya.
Sumber: Astro Gempak