Pelakon dan pengacara Janna Nick berkata dia nekad untuk mengurangkan berat badan dalam masa sama membantunya mendapatkan cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne berkongsikan dia dikurniakan cahaya mata selepas berjaya menurunkan berat badan.

BACA: Janna Nick Nekad Hentikan Perjalanan TTC, Kecewa Bentuk Badan Dikritik

“Anne cakap, lepas kurus baru dia berjaya dapat baby. Lepas tu, ramai juga TTCian share, lepas kurus dan amal gaya hidup sihat terus berjaya dapat baby,” tulisnya.

Sementara itu, Janna berkata dia nekad untuk kurus serta meminta peminta berkongsikan tips untuk menurunkan berat badan.

“Jadi, saya memang dah nekad. Nak KURUS! Boleh tak siapa yang ada tips untuk kurus atau yamg tengah dalam misi nak turunkan berat badan, join community group kurus saya?” tulisnya.

×