Niat tidak menghalalkan cara. Itu yang selalu kita dengar.

Dilema sebenarnya para pelakon yang kuat niat untuk bertudung tetapi terpaksa akur kepada tuntutan kerja.


Tetapi, tidak mustahil sebenarnya untuk terus menerima tawaran sekalipun bertudung penuh.

Wardina contoh terbaik, semakin murah rezeki beliau setelah bertudung & kini lebih di’hormati dan popular.

Anne Ngasri dalam satu kenyataan terbaru melalui mStar Online berkata, hati beliau sudah terbuka untuk bertudung seperti mana tuntutan Islam.



“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”

Namun untuk projek terbaru beliau, Mayang Mengurai, beliau terpaksa membuka tudung atas tuntutan watak & dengan niat mencari rezeki.

Di’sebalik itu semua Anne Ngasri masih berharap yang satu hari nanti beliau akan mampu untuk bertudung penuh di’dalam atau luar drama.