Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia tidak berdebar dan sejujurnya tidak sabar untuk menghalalkan hubungan dengan pelakon Bella Astillah.
Menerusi sidang media khas hari ini, Saddiq berkata dia juga mahu berkongsikan hari bahagia dengan keluarga serta orang ramai.
BACA: Syed Saddiq Balik Kerja Sempat Singgah Jumpa Bella Astillah Jadi Perhatian
“Saya tak berdebar, sejujurnya lebih kepada tidak sabar untuk menghalalkan hubungan kami.
“Tak sabar nak kongsikan hari bahagia ini bersama semua khususnya keluarga, kawan-kawan dah lama menunggu,” katanya.
Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal diijabkabulkan pada 10 Oktober ini.
Gambar: Media Hiburan