Tinggal sembilan hari saja lagi hari bahagia akan tiba, gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya Bella Astillah menjadi perhatian.
Menerusi video dikongsikan jurusolek dikenali sebagai @austouxh, Syed Saddiq dilihat menaiki motosikal dan sempat bertemu dengan tunangnya sebaik saja balik dari kerja.
BACA: “Terima Kasih Sentiasa Luangkan Masa Untuk Ayden” – Bella Astillah Hargai Syed Saddiq
Dalam video berkenaan, Bella dilihat lambaikan tangan kepada tunangnya yang beredar dari lokasi berkenaan.
Turut menjadi perhatian, jurusolek berkenaan turut mengusik Bella mengatakan teman lelakinya sempat berjumpa selepas balik dari kerja.
Namun, Bella secara spontan menjawab Syed Saddiq bukan kekasihnya sebaliknya adalah tunangnya;
“Bukan boyfriend lah, tunang,” katanya.