fbpx

“Saya Tak Bakar Tudung, Jangan Fitnah”

Hampir lima tahun berhijab, pelakon Sarah Hildebrand membuat keputusan mengejutkan untuk tidak lagi bertudung. Menurut Sarah, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Meskipun ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata nasihat kepada pelakon itu ada netizen yang mengecam serta mengaitkan Sarah dengan kontroversi pelancaran tudung seorang selebriti.

BACA: Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Bertudung

Malah, ada yang mengambil kesempatan mengungkit tindakan Sarah dengan mendakwa pelakon berdarah kacukan itu membakar tudung-tudung jenama selebriti berkenaan serta lantang mengkritik selebriti itu.

Sarah bagaimanapun tampil menafikan perkara itu serta meminta netizen supaya menghentikan fitnah terhadapnya.

“Hanya dua perkara saya nak jelaskan tentang isu Zouk. Yang pertama, saya tidak bercakap tentangnya di ruangan IG Live dan yang kedua, saya tidak membakar hijab-hijab tersebut. Jangan memfitnah, terima kasih” katanya.

Menerusi satu lagi muat naik di Insta Story, Sarah turut memohon agar suaminya, Otto Gillen tidak dikaitkan dengan keputusannya membuka tudung kerana segala tohmahan netizen itu adalah fitnah.

Beberapa hari lalu, perkongsian Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand mengejutkan ramai apabila pelakon itu memuat naik gambar memaparkan dirinya tidak bertudung bersama suami.