fbpx

Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Bertudung

Semalam, perkongsian pelakon Sarah Hildebrand mengejutkan ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya tidak berhijab bersama suami, Otto Gillen menerusi laman Instagram.

Pada awalnya, rata-rata peminat menyangkakan Sarah memuat naik foto lama, namun menerusi perkongsian di Insta Story miliknya Sarah tidak lagi memakai tudung. Malah, Sarah sendiri sudah mengesahkan dia tidak lagi berhijab.

BACA: Sarah Hildebrand Tidak Lagi Berhijab?

Mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, Sarah turut berterima kasih kepada netizen yang terlalu cepat menghukumnya.

“Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan.

“Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri,” katanya kepada BH Online.

Sarah juga dilihat turut memuat naik status di Insta Story mempersoalkan sikap sesetengah manusia yang dilihat warak, tetapi pantas menyebarkan kebencian dan tidak bertimbang rasa.

“Status ini hanya bersifat persoalan. Saya tak mahukan jawapan pun atas persoalan ini. Ia lebih kepada sudah terang lagi bersuluh. Saya biarkan kalian berfikir mengenainya,” katanya.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand mula mengenakan hijab sejak September 2015.