fbpx

“Saya Tahu Orang Kata Saya Dayus Biarkan Stacy Tak Berhijab”

Selepas memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu, pelbagai spekulasi melanda Stacy AF atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Annam. Berikutan perkara itu, Akim Ahmad menafikan sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau seperti seorang suami yang dayus kerana membiarkan isterinya tidak berhijab walaupun selepas memeluk Islam.

BACA: Akim & The Majistret Bakal Ke Mekah Tunai Umrah

“Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa”

“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami,” jelasnya kepada Berita Harian Plus berhubung dakwaan sesetengah pihak yang berpendapat Stacy sepatutnya bertudung sebaik memeluk Islam.

Baginya lagi, Stacy diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil yang perlu mempelajari banyak perkara didalam kehidupan sehariannya. Sama juga seperti beliau yang baru sahaja menjadi saudara Islam, masih banyak yang perlu dipelajarinya, dimana beliau sendiri juga mengambil pelbagai initiatif untuk belajar mengaji dan sebagainya lagi.

Terdahulu, Stacy ada mendedahkan bahawa beliau juga ingin menumpukan perhatian mempelajari bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan itu, Stacy telah mengupah seorang ustazah yang akan ke rumahnya untuk mengajar beliau mengaji serta mempelajari lebih mendalami lagi tentang kelebihan Al-Quran. (rkty/w)