fbpx

Akim & The Majistret Bakal Ke Mekah Tunai Umrah

Tidak mahu ketinggalan mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini, kumpulan Akim & The Majistret bakal berangkat ke tanah suci pada penghujung bukan Jun ini bagi menunaikan ibadah umrah. Bagi vokalis kumpulan itu, Akim Ahmad dengan segala rezeki yang diperolehi sebelum ini membuatkan mereka memasang niat untuk ke Mekah bersama.

BACA: Akim & The Majistret Jelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

“Sebelum ini saya pernah ke Mekah bersama ibu bapa, tetapi tahun ini saya pergi dengan anggota kumpulan Majistret pula. Insyaallah kami akan ke sana selama dua minggu. Sudah lama kami niat mahu ke sana memandangkan rezeki sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini tidak pernah putus. Lagipun, kami mahu keberkatan bulan mulia ini”

“Saya bukan tidak mahu bawa stacy bersama tetapi disebabkan dia baru lagi memeluk islam, jadi masih banyak yang perlu dipelajarinya. Saya tidak mahu membebankan dirinya. Kalau boleh biarlah dia belajar satu persatu. Kalau bacaan dan sebutan ayat Al-Quran sudah lancar, kami akan pergi bersama nanti, katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Akim turut memaklumkan bahawa beliau bekemungkinan besar akan menyambut perayaan Aidilfitri di Mekah bersama anggota kumpulan itu selepas memutuskan untuk memanjangkan tempoh berada disana. Dan oleh disebabkan itu, katanya lagi, Stacy yang tidak bersamanya ke Mekah akan berhari raya di rumah keluarganya di Johor. (rkty/w)