fbpx

“Saya Rasa Janggal Dengan Neelofa Sebenarnya”

Peminat dunia hiburan akhir akhir ini sibuk memperkatakan tentang kemesraan antara Zul Ariffin dan Neelofa yang bergandingan untuk drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari.

Ramai yang berpendapat yang gandingan dua orang pelakon popular ini akan mencetuskan fenomena baru di Malaysia — bukan yang pertama kali dilakukan Neelofa apabila muncul dalam drama baru.

BACA: Peminat Mula Cipta Hashtag Untuk Zul Ariffin, Neelofa

Zul Ariffin menerusi Instagram mendedahkan situasi sebenar bagaimana beliau boleh memperlihatkan kemesraan mereka berdua di layar perak walapun sebelum ini mereka tidak serapat mana.

“Jadi, inilah situasi sebenar di set, apabila dua pelakon yang tidak mengenali antara satu sama lain diletakkan dalam satu situasi yang seolah-olah mereka sudah mengenali bertahun-tahun”

“Ia boleh jadi janggal, sedikit memalukan tetapi pada akhirnya ia berkenaan menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja sweet, dipercayai dan menyakinkan penonton tetapi merialisasikan apa yang telah produksi rancangkan,” tulisnya.

Tetapi bagi kami, pasangan Zul Ariffin dan Neelofa memang berjaya menonjolkan kemesraan yang diperlukan untuk menjayakan drama tersebut. Mesti ramai tidak sabar untuk menonton drama lakonan mereka nanti ‘kan? (rtky/m)