fbpx

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah Amin”

Kepulangan pasangan ini dari menunaikan umrah sememangnya dinantikan bukan saja media malah peminat pun tidak henti-henti berdoa yang terbaik agar Fattah Amin dan Fazura segera disatukan.

BACA: Fattah Amin, Fazura Sahkan Sudah Bertunang

Menjelaskan situasi sebenar bahawa mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu, Fazura mengakui Fattah mempunyai sesuatu yang istimewa sehingga dia terbuka hati menerima pinangan Fattah.

“Saya nampak masa depan saya di mata Fattah. Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya,” jelas Fazura kepada Astro Awani.

Sementara itu menurut Fattah, mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan terlebih dahulu mengenai majlis pertunangan mereka adalah untuk memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah umrah.

“Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu,” katanya. Pasangan ini dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga manakala resepsi akan diadakan pada tahun hadapan. (rtky/s)