fbpx

Fattah Amin, Fazura Sahkan Sudah Bertunang

Setelah beberapa spekulasi cubaan menepis dakwaan kononnya mereka bernikah sebelum mengerjakan umrah pada minggu lepas akhirnya telah terjawab apabila pasangan Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin 34, mengesahkan mereka telah bertunang pada tarikh 13 November 2017 sebelum mereka mengerjakan umrah.

“Pada 13 November keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan seterusnya bertunang di rumah Fazura sebelum mengerjakan umrah,” kata Fattah yang turut ditemani Fazura di majlis sidang media di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Kisah cinta pasangan ini mula kecoh selepas mereka membintangi drama Hero Seorang Cinderella, bagaimanapun ketika itu mereka berdua masing- masing menafikan perihal percintaan tersebut sehinggalah pada petang ini mereka telah menyatakan bahawa mereka telah bertunang.

Fattah dan Fazura juga memberitahu tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadakan majlis pernikahan yang mungkin dijangkakan majlis tersebut bakal berlangsung pada penghujung tahun ini.

“Dalam proses macam orang lain daftar kursus kahwin. Insha Allah doakan tak terlalu lama resepsi tahun depan, pernikahan tak lama lagi,” kata mereka berdua yang akan mengadakan dua resepsi buat keluarga dan peminat-peminat mereka. (rtky/h)