“Saya Memang Dilahirkan Jadi Perempuan Gedik, Nak Buat Macam Mana?” 

Sering dikecam gedik, pelakon dan penyanyi Ifa Raziah berkata karakter tersebut sudah sebati dalam dirinya sejak dulu.

Memetik BH Online, Ifa mengakui dirinya gedik dan sudah ditakdirkan mempunyai karater sedemikian namun bukan bermakna dirinya jahat.

BACA: Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya – Ifa Raziah

“Saya memang dilahirkan jadi perempuan gedik, hendak buat macam mana? Kita punya karakter memang macam itu. Saya mengaku yang saya gedik, mungkin memang Allah jadikan saya perempuan gedik dan tidak menyusahkan orang.

“Bukan bererti kita gedik dan kita negatif atau jahat. Tidak semestinya, kita gedik mungkin karakter saya yang terlalu ‘loud spoken’,” katanya.

Meskipun pelbagai dugaan dilalui untuk berada dalam industri seni yang mencabar, namun Ifa berkata sifat gedik itu sebahagian daripada kekuatan untuk dia terus bertahan.

“Kalau saya hendak buat sesuatu, saya akan buat sampai jadi, sampai berjaya. Saya buktikan kepada orang yang memandang rendah pada saya selama ini bahawa saya sekarang sudah berada di sini,” katanya.

Sementara itu, Ifa berkata meskipun ramai yang kurang senang dengan lagu rayanya Gedik-Gedik Raya berikutan dipromosikan di bulan Ramadan namun dia bersyukur hampir mencapai tontonan 2 juta.

“Mula dengar lagu ini, masyarakat tidak suka. Kita pula keluarkan lagu itu pada Ramadan. Nak promosi dengan Gedik Raya, pada mereka itu tidak sesuai pada awalnya.

“Tetapi, apabila lagu ini dapat kecaman hebat, lama-lama, single ini makin ramai yang tahu. Berkat Ramadan, orang kecam, kita dapat pahala. Sampai hari ini, hampir dua juta tontonan di YouTube. Alhamdulillah, disebabkan kecaman itu,” katanya.

Sumber: BH Online

×