fbpx

Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya – Ifa Raziah

Penyanyi Ifa Raziah memaklumkan pelakon Ruhainies membuat keputusan menarik diri daripada menyertai festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya yang bakal berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ifa berkata Ruhainies berbuat demikian kerana enggan menjejaskan perniagaan pihak lain yang terlibat dalam festival berkenaan.

BACA: Risteena Nak Saman Netizen Fitnah Ruhainies

“Anis dah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis bisnes orang lain terkesan. Anis faham.  InsyaAllah ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi,” tulisnya.

Terdahulu, Ifa dikecam sehingga ada yang mengatakan mahu memboikot festival membeli-belah, Starvendors susulan pembabitan Ruhainies.

Bagaimanapun, Ifa berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan  bersikap neutral kerana Ruhainies dan Bella Astillah dianggap sebagai adik kesayangannya.