fbpx

“Saya Jaga Badan Sebab Semuanya Berharga”

Kenyataan Fattah Amin tidak boleh berjemur ditengah panas baru-baru ini agak kecoh juga rupanya, sampaikan sesama selebriti juga turut ‘mengusik’ pelakon itu secara umum hingga mencetuskan kemarahan peminatnya. Bagaimanapun bagi Fattah, tubuh badannya sangat bernilai untuk dirinya kerana tugas menjadi duta produk kecantikan.

BACA: Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad

“Mungkin ada anggap saya keterlaluan tetapi apabila menjadi duta produk, perkara begini amat dititikberatkan. Saya menjaga setiap anggota badan kerana semuanya membawa nilai terutama produk yang saya wakili”

“Sebab itulah pihak pengurusan akan berpesan kepada syarikat produksi untuk tidak membenarkan saya terdedah dengan panas. Ini kerana jika saya gelap atau kulit tidak sekata, ia akan mengganggu produk yang diwakili”

“Jika rambut saya panjang, mereka tegur dan meminta saya potong rambut. Itulah yang saya buat. Kadangkala mereka cakap kuku sudah panjang, pergi potong. Apa yang Tuhan kurniakan pada diri, kita seharusnya jaga. Cuba saya keluar selekeh, bukan peminat saja yang tak nak tengok, klien pun tak mahu,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara itu.

Sebelum ini heboh seketika apabila pelawak terkenal, Nabil Ahmad memerli kenyataan Fattah yang tidak mahu berjemur di tengah panas kerana enggan kulit putih mulusnya menjadi hitam. Namun akhirnya Nabil pula dikecam hebat oleh peminat fanatik pelakon itu yang tegas mempertahankan Fattah. Beruntung Fattah, ramai peminat sayangkannya! (rtky/w)