fbpx

Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad

Gara-gara memuatnaik status yang sebenarnya tiada apa-apa pun, namun perkara tersebut membuatkan peminat setia Fattah Amin bersuara malah ada yang mempertikaikan mengapa Nabil Ahmad sanggup memuatnaik kenyataan sedemikian di Twitter.

BACA: Selepas Fattah Amin, Nabil Ahmad Mahu Keluar Buku

Apa yang pasti, akibat Nabil meninggalkan pendapat atau pun reaksinya terhadap sebuah portal berita tempatan yang bertajuk – Fattah Amin Tak Boleh Berjemur itu, peminat Fattah menyerang Nabil.

Ada juga yang mahu Nabil fokus dengan hal sendiri dan tidak menyentuh tentang selebriti kesayangan mereka itu. Malah perkara tersebut turut membuatkan pengarah, Micheal Ang memberikan kenyataan terhadap isu itu.

Sementara itu, Nabil sempat juga memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang berjemur di tengah panas ketika sedang menjayakan penggambaran dengan status berbunyi – Shooting di tengah panas #NoProblem.

Apa pendapat anda tentang apa yang diperkatakan oleh Nabil dan adakah Nabil akan terus menjadi sasaran peminat Fattah selepas ini?